www.awangadenan.blogspot.com

Selasa, 12 Jun 2012

Irma : wah, cantik rambut. saloon ke?
Yana : a'ah, cantik kan?
Irma : cantik sangat. berapa kau buat?
Yana : hehe RM 120 ja
Irma : baik kau beli tudung, lagi murah lagi cantik
bermula sebuah cerihik seorang perawan
siti jubaidah empunyalah badan
lawalah giler rupa menawan
sekali senyum lapan tertawan

siti jubaidah menjadi sebutan
bujang dan duda igau - igauan
umpama kembang harum di taman
manisnya madu jadi idaman

berturut berjujut datang lamaran
segenap minggu segenap bulan
naik lecah di muka laman
pening ibunya membuat pilihan

siti jubaidah jatuh perassan
kunun diri takde tandingan
melengok melentik bila berjalan
mengada-ngada nantikan siulan

di dalam dada hasrat di simpan
muka lawa dijadikan umpan
hidup senang penuh kemewahan
selekeh serabai ahhh! bo layan

patah lah hati segala jantan
ngidamkan siti liur ditelan
mahu rapat tidak sepadan
hanyutlah siti dalam perasan

siti jubaidah jadi umpatan
ego diri bahan cercaan
emak bapak tumpang secawan
manja-manjakan anak nan rupawan

syadan datang satu pinangan
lagak kaya lagilah tampan
siti setuju tanpa bantahan
datanglah sudah calon impian

embak bapak berkenduri sakan
terima menantu bukan sebarangan
harta yang ada di habis-habiskan
takpa! Menantu kita orang hartawan

duduklah siti dalam kesukacitaan
bersama suami bercanda-candaan
takde risau takde kegusaraan
emak bapakla menanggunglah makan

hari berminggu bertukar bulan
emak bapak dah mula heran
menantu lagi duk ribalah tangan
takde membuat sebarang perkerjaan

resam manusia bermulut tempayan
segala rahsia menatah tersimpan
lakilah siti sang pengangguran
berlagak kaya kiranya samaran

malulah muka tiada tertahan
persis dilumur dengan belacan
jiran tertangga bertepuklah tangan
meraung siti cam kenalah sawan

arakian berbuat satu rancangan
tinggalah keluarga kampung halaman
kerantau orang berpasang-pasangan
mencari rezei bertukar haluan

kiranya sudah dalam suratan
malang diri nasibnya badan
laki manco jadilah bebanan
tiada mahu bertukar kelakuan

laki berlagak umpama lah tuan
menyemat melawar leka berdandan
hobilah pulak bertukar pasangan
siti menjadi hamba-hambaan

terimalah gaji di hujung bulan
kad bang lakinya yang tekan
siti berlapar tak cukup makan
sirap kosong jugalah ditelan

padahnya diri bermata lah duitan
orang miskin dihina-hinakan
sudah lah datang balasan tuhan
meratap siti air mata berlinangan

kuruslah siti satu badan
sekali pandang macam perlarian
siti glamer tinggalah kenangan
kucinglah kurap pun tidak berkenaan

teringatlah siti satu perumpamaan
sesal dahulu sesal pendapatan
sesen tak guna sesal di kemudian
takde sapa nak taruh kasihan